Sunday 17 February 2013

Bila hujan turun..


Salam...

Agak lama aku tak mengarut kat sini..bukan kerana sibuk atau ketiadaan masa..
tapi aku tak ada idea apa yang nak dikarutkan dek kerana terlalu banyak perkara yang ingin diluahkan...last2 satu pon tak jadi...hahahha

Ok la..perkara pertama kali ni ialah pasal sebuah kompeni yg setiap hari setiap masa setiap ketika membari janji palsukepada aku..
bermula tahun 2012 (awal januari 2012)lagi..aku dan sebahagian rakan-rakan seperjuangan menjadi mangsa
penipuan puak-puak kapitalis MELAYU yang kononnya mempraktikkan nilai-nilai ISLAM dalam menguruskan perniagaan.

Kronologinya...
Gaji bulan Januari 2012 dibayar pada 16 Febuari 2012,
Gaji untuk Feb 2012, Mac 2012 & April 2012..haram..hilang entah kemana..
bukan itu sahaja...puak2 MELEIS ini juga gagal untuk membayar caruman KWSP bermula SEPT 2011 sehingga saat aku mengarut ini..

Yang bestnya..kompeni ni HOPETECH SDN BHD telah "dianugerahkan" oleh KTMB projek tiket baru bagi menggantikan semua sistem tiket sedia ada bagi sistem komuter...
bukan sikit anak punya nilai..lebih kurang RM85 juta...tapi gaji staff masih tak berbayar sampai saat ini...
EPF tak berbayar...senyap tanpa berita..bila mana dibuat aduan pada JTK..senyap gak..buat aduan kat KWSP pon senyap gak..
mungkin payung dia terlalu besar buat ketika ini..tapi tak mengapa..sebesar-besar "payung" yang dia ada..besar lagi "payung" orang-orang yg dianiaya nih...

Aku berharap agar puak-puak MELEIS ni dan juga golongan-golongan yang bersengkongkol dengan mereka akan mendapat pembalasan serta kesedaran sepecat mungkin agar tiada lagi
orang-orang yg ditipu oleh puak-puak ini..
Aku juga ingin memberi peringatan...sekiranya ada sedara..adik beradik..sepupu sepapat atau sesiapa sahaj yang ditawarkan bekerja dengan kompeni HOPETECH SDN BHD atau syarikat-syarikat
di bawah jagaan puak-puak MELEIS ni..bagi la nasihat untuk tidak menerima tawaran tersebut..kerja McD bagi aku lg mulia dari kerja di HOPETECH..walaupon McD support ISRAEL...

Makin emo pulak aku bila berbicara pasal HOPETECH SDN BHD nih...dah la..aku berenti part HOPETECH ni dulu..walaupon bos dia pakai Nissan R35..installment R35 tu tak penah miss..gaji pekerja bleh miss plak..

yang kedua:
Aku mmg tak puas hati ngan makcik2 petugas hopetaik nih..bila dipanggil perjumpaan bersama JTK..datang buat janji2 palsu ngan muka kesian..bukan kat aku sorang ja
setiap kes yg dipanggil..musti dorang bg janji palsu..kes aku ja..dijanji bayar 7 Sept 2012, skang dah 17 Feb 2013..bukan banyak pon aku mintak..gaji ngan EPF aku yg tertunggak ja pon..
tapi tu pon x boleh nak tunaikan...cukup-cukup la menipu tu wahai makcik..umur kita ni x panjang..dibuatnya jap lagi..esok..lusa dijemput pulang..kang kena claim kat sana...
agak2 bleh setel ke kat sana nanti dengan buat muka kesian tu...?

Yang ketiga:
Dekat2 nak pilihan raya ni..macam hal, macam orang bleh kita nampak kebodohannya...aku pon tgh konpius nak sokong mana 1 nih..suma semakin menonjolkan kebodohan masing-masing..
tapi kalo x mengundi aku rasa aku lak lagi bodoh...tgk UMNO/BN nampak kebodohan pemimpin yg x abih2 dengan hiburan yg diagung-agungkan..bukan zaman hang tuah dulu nak agung-agungkan hiburan..
skang dah zaman semua orang mampu berpikir..zaman hang tuah bolehla..nak hiburan puak istana yg buat..sekarang..kalo nak hiburan bleh dapat sendiri-sendiri...
banyak lagi benda yg perlu diselesaikan..

Nak sokong PAS, terbaca statement dr ustazah segera yg meroyan ntah apa benda tuh..terus hilang minat...konpius ngan perjuangan PAS..nak wujudkan negara ISLAM ke nak kutuk UMNO?

Nak sokong DAP? kira undi pon ada masalah...lagipon tempat aku for sure tak ada calon DAP..

Tinggal PKR ja skang nih...ah..peduli la..lambat lg..time nak mengundi nanti baru pk nak panglah apa...

yang keempat:
Yang paling tak boleh terima ARSENAL kalah malam tadi ngan BLACKBURN...haish.....habis la peluang nak dapat cup untuk tahun ke 8 berturut-turut...
maybe season depan bleh la merasa main Europa Cup..mana la tau ada harapan..

apa-apa pon..ni semua luahan aku..aku x suruh sesapa pon percaya 100%, nak ikut 100%..bila terbaca...tapi yang pasti..kalo tak mau merasa gaji xdibayar..epf sangkut
bleh la cuba untuk bekerja ngan kompeni yang disebutkan di atas tuh..kalo buleh..kerja la ngan kompeni bukan melayu..sebab pengalaman aku..kompeni Melayu ni banyak x ISLAMIK berbanding kompeni bukan melayu..
sekian..

p/s: hujan..tido lagi best..


3 comments:

  1. bro mintak share boleh,,agak tersebar luas bukan untuk mengaipkan saudara kita sekadar memperjuangkan hak

    ReplyDelete
  2. Project ni gagal kan.. apa punca projek ni gagal ek? bkn da lama ke sumer mesin tiket tu ada kat stesen? sedihkan.. bila keje dgn bangsa sendiri..tp jadi camni plak..

    ReplyDelete
  3. ntahla..nak kata GAGAL, xda pulak KTMB or GOMEN buat press statement kata gagal..tapi sehingga hari ini projek ni mmg x berjalan..mesin2 tiket yg ada kat beberapa stesen Komuter mmg menyemakkan pandangan..biasa la kat Malaysia..banyak projek yg dibuat tak tahu kalo jadi macam ni..suma org dah lupa..

    ReplyDelete