Saturday, 20 April 2013
Sabtu yang Indah..
Hari ni aku nampak macam-macam benda berlaku..bermula dengan eksiden kat highway besraya..apabila 2 bijik motosikal terlibat..
yang mana tidak berlaku kehilangan nyawa (alhamdulillah)..tapi brader tu luka teruk dan mamat pembonceng moto lagi satu patah kaki..
bukan itu yang aku nak cerita kan..aku tertarik dengan sikap prihatin seorang mamat cina nih..yang terus berhentikan kereta dia..
dan offer diri nak bawak mamat yang patah kaki tu ke hospital..ayat dia "lain-lain nanti setel la..kasi bawak ini orang pegi hospital dulu,
nanti lagi sakit ini orang"..wa salute lu bro..time tu aku ngan 2 org lagi baru tengah alih moto dr tengah jalan ke tepi..
yang keduanya,
patut la hari ni aku tengok ramai orang bersemangat..rupanya hari ini adalah hari penamaan calon..
Ramai bergerak dengan sepanduk pejuangan masing-masing, bendera, dan benda-benda seangkatan..
terpikir untung kalo ada kompeni buat sepanduk, poster, kain rentang dan benda-benda seangkatan ketika ini..
kompem masyuk..
Tapi..bukan nak menidakkan hak, aku nampak lebih ramai kanak-kanak riang yang terlibat berarak untuk ke
pusat penamaan calon tu..rasa-rasa aku..rata-rata yang join masih bulum layak untuk mengundi..
takkan nak amik pengalaman awal kot..haish..lantakla..
Bercakap pasal calon lak..aku rasa geng-geng ni hanya wujud pada hari penamaan calon, hari berkempen dan sehingga
3 bulan lepas pilihan raya ja, lain pada tu mmg puak-puak ni dah tak wujud dah..baik dari kerajaan
atau pon pembangkang, sama sahaja..pung-pang-pung-pang hanya pada peringkat awal kewujudan..
semua buleh buat..tapi bab melaksanakan nanti..alasan utama
1- bajet dah xda
2- dah diusahakan..tapi masih dalam proses
3- kerja bertimbun nih..nanti saya suruh wakil saya tolong tengokkan..
4- ramai dah cakap camtu..nanti kita usahakan
5- bekas wakil rakyat dulu pon tak buat benda-benda ni semua..
6- dan lain-lain lagi...
haish..
malas nak serabutkan fikiran..tapi..bukak fesbuk lagi serabut..macam-macam post ada...
ada yang share benda2 politik yang aku rasa dia sendri pon tatau benda tu betul ke tak..main share ja
pastuh ramai plak yg mengOfferkan diri berkempen..macam2 benda bleh tengok kat fesbuk nih..
..kemon la beb, please dun insult my intelligent...
x perlu nak share-share bagai kalo benda yang kita pon x sure dr mana sumbernya..save for ur self sudah..
tapi apa hak aku nak halang kan?...hahaha fesbuk kan
universal..sebab tu di wujudkan fesbuk..ok aku tarik balik kata-kata tadi..share la sesuka hati..
masing-masing ada hak kan..
Pendapat aku pasal GE kali ni? Aku tak kisah sesapa yang menang, tapi aku amat kisah jika orang/parti/puak yang
menang tadi tidak mengotakan apa yang telah dikatakan/dijanjikan..tu aku amat kesah..sebab..elaun/gaji/komisen puak-puak
ni datang gak dari duit aku..aku bayar cukai bukan untuk memenuhkan kantung sekelompok puak-puak Meleis
aku juga berharap negara ini bukan jadi hak milik sekelompok sahaja..dan aku juga berharap..GE kali ni ada banyak perubahan
yang lebih positif, buang saja puak-puak tua yang dah x mampu untuk bekerja..sekurang-kurangnya ada peluang
orang lain untuk naik..buang saja puak-puak yang suka menganggap duit harta negara macam harta bapak dia..
buang/tukar menteri-menteri yang dia sendri tatau apa benda yg dia patut handle...dengan kata lain..tolongla bg potfolio kepada
org yg tahu..kalo setakat nak sign paper ngn claim komisyen projek, mamat bangla yg baru masuk malaysia pon kita buleh lantik jadi menteri/pemimpin
...aku tak mintak banyak pon..cuma ubahla jadi lebih baik..sebab aku nampak sekarang macam pemimpin US,UK & Barat lebih berakhlak dari
pemimpin yang kita ada..baik dari kerajaan atau pembangkang..jgn jadikan GE ni sebagai lubang untuk curi kekayaan Malaysia...
p/s: Malam ni mesti ada game ARSENAL..sebab aku ada post benda hari nih...
lagi sebulan nak tuko status nih..doakan yang terbaek..
ok bai..
Subscribe to:
Posts (Atom)